Pencuci Muka yang Berbuih Boleh Jadi Punca Kebanyakan Masalah Kulit Anda

Semua tahu, cuci muka adalah rutin terpenting untuk penjagaan wajah. Tapi, kalau tersalah pilih cleanser, lain pulak jadinya. Pernah tak kulit rasa kering selepas cuci muka guna cleanser? Makin kerap guna, kulit makin kering kita rasa?

Ok, ni Dr Siti explain kenapa cleanser yang berbuih ni sebolehnya perlu dielakkan tak kira walau apa pun usia anda.

APA MASALAH TENTANG PENCUCI MUKA BERBUIH?

Pencuci muka berbuih kebanyakan jenama termasuk yang dijual di drug store biasanya menggunakan bahan synthetic (SLS). Untuk kulit yang tak tahan/sensitif, boleh sebabkan keradangan.

Mengikut kajian, SLS ni memang boleh hilangkan kotoran TAPI pada masa yang sama dia juga hilangkan natural oil yang diperlukan untuk kekalkan kelembapan kulit muka kita. Bila terlalu kering, lagi mudah dapat iritasi atau gatal-gatal macam allergic reaction tu.

Kulit kering ni lah punca kepada macam-macam masalah kulit. Jerawat, Jeragat, Tona tak sekata & kulit jadi kusam, sensitif & rosak. Kulit yg rosak tak boleh retain kelembapan & natural oil tadi, jadi lebih banyak melamin akan terhasil. Melamin yang banyak menghasilkan banyak pigmen. Pigmen makin banyak maka jeragat pun makin ketara & merebak kalau tak dirawat.

Paling teruk akan merosakkan mata jika termasuk mata. SLS boleh menyebabkan clog pores dan acne makin teruk. So, SLS ni antara bahan yang tak patut ada dalam skincare produk.

PECUNCUCI MUKA TANPA BUIH HASIL R&D OLEH UTM

Pencuci muka Age-Reverse hasil R&D oleh kami di UTM ini menguna surfactant iaitu agent pembersih dari plant based. Dan surfactant yang di gunakan ialah Sodium Methyl Cocoyl Taurate (SMCT) iaitu natural surfactant yang dihasilkan daripada coconut. Ia adalah surfactant paling lembut dan luxury 😊.

Surfactant ni sangat ‘mild’ atau ringan jadi sangat-sangat gentle especially untuk kulit yang sensitive. Selalunya mild surfactant memang kurang buih dan kurang iritasi pada kulit. Oleh itu, ia sesuai untuk semua jenis kulit – remaja, wanita mahupun lelaki tak kira usia (dari awal remaja hinggalah dah bercucu)

Paling menarik, ini adalah cleanser PERTAMA di dunia yang berjaya menggabungkan fungsi mencuci & bahan-bahan anti penuaan untuk merawat masalah kulit akibat penuaan & kesan penggunaan produk toxic. Jadi, kalau pakai cleanser ni, pengguna dah tak perlu lagi step/rutin lain2 (serum, toner, scrub, exfoliate, etc)

sangat jimat & super simple. Sesuai untuk mereka yang sibuk & tak ada masa untuk guna produk yang banyak step.

FAKTA TENTANG AGE-REVERSE

👉 Dibangunkan oleh Prof Madya Dr Siti sendiri yang berpengalaman dalam dunia nano-tech selama hampir 15tahun bersama 5 tenaga pakar yang memiliki PHD dalam bidang pengkhususan masing-masing.

👉 Formulasi dirumus 100% melalui hasil kajian R&D lebih dari 10 tahun yang menelan perbelanjaan jutaan ringgit (bukan produk timbang kilo & OEM)

👉 Berasaskan 99% bahan natural – % yang tertinggi di dunia, yang sangat2 jarang mampu dicapai oleh mana2 jenama termasuk dari luar negara.

MORE ARTICLE

Leave a Reply

You cannot copy content of this page