Baru tau, rupanya JERAGAT ni banyak jenis & tak semuanya sama…

JERAGAT!!! JERAGAT!!!!
Orang Melayu ni kan, asal ada tompok warna gelap je kita panggil jeragat. Ada jeragat besar, ada jeragat kecik, ada jeragat surface, ada jeragat dalam. 
Jadi, apa benda jeragat ni sebenarnya???

Ok, sebenarnya yang kita panggil jeragat-jeragat ni term dermatology-nya adalah “HYPERPIGMENTATION”. Dia berlaku bila kulit kita overproduce ‘Melanin’ secara berlebihan bila expose to sunlight. Bila kulit dah tak boleh cerna/neutralise balik sel-sel melanin yang berlebihan ni, dia akan berkumpul & membentuk tompok-tompok hitam di permukaan kulit.

Actually, tompok-tompok hitam (melanin) ni salah satu kulit kita punya defend mechanism. Fungsi dia adalah melindungi kulit dari radiasi UV sinaran matahari. UV ni boleh tembus sampai lapisan kulit dalam dan akan rosakkan sel-sel kulit & mempercepatkan proses penuaan. Sebab tu ada research cakap, UV boleh buatkan kita kelihatan 5~7 tahun lebih tua dari umur sebenar.

(Jangan ingat duduk dalam rumah selamat ye dari sinar UV ni, natural light yang masuk dalam rumah kita tu pun ada sinar UV juga tau. Sebab tu kena juga pakai sunscreen)

Hyperpigmentation ni sebenarnya ada banyak jenis. Dan jeragat (freckles) ni sebenarnya adalah just one type of hyperpigmentation. Tiap-tiap jenis ni tak sama ye level difficulty nak hilangkan dia. Ada yang senang, ada yang hampir mustahil nak hilang.

Ok, Jom kita kenal jenis-jenis hyperpigmentation yang biasa dialami oleh wanita malaysia.

1) FRECKLES

Tompok-tompok coklat kecik yang biasanya banyak kat area tulang pipi & pangkal hidung. Ok, freckles ni sebenarnya lebih kepada genetic. Kalau nak tau masalah tu jenis freckles ke tak, masa umur 6 tahun dulu dah ada ke belum masalah ni. Kalau dah ada, maksudnya memang freckles lah. 

PUNCA:
Faktor paling utama selain genetic adalah kerana tak protect kulit kita dengan sunblock/sunscreen. Freckles ni sebenarnya kalau under exposure UV yang berlebihan, dia boleh jadi makin gelap juga (aggravated) & makin serius. Sebab tu penting sunscreen ni.

2) AGE SPOT / SUN SPOT

Kalau jenis bintik-bintik coklat/hitam yang size tak sekata (ada kecik & besar) ni jenis hyperpigmentation yang kita panggil Age Spot atau Sun Spot. 

PUNCA 
Yang ni terjadi hasil dari accumulated sun damage through out the year. Kalau bintik-bintik hitam ni sikit je & tak berapa dalam, dia memang senang sikit nak dirawat. Contohnya guna laser treatment. Laser ni akan transfer heat energy ke melanin-melanin tadi untuk pecahkan molekul kepada fraction-fraction yang kecik. 

3) MELASMA

Perasan tak kalau wanita yang dah berusia macam mak-mak kita tu kan ada tompok-tompok coklat yang besa kat pipi bentuk macam butterfly tu. Yang ni jenis hyperpigmentation yang kita panggil ‘Melasma’. 

PUNCA:
Macam-macam faktor, tapi yang paling common adalah disebabkan oleh hormon especially mereka yang masa mengandung tak pakai sunscreen. Bila kita mengandung, hormon kita tengah”haywire”. Bila hormon tengah tak stabil, badan kita akan trigger melanin synthesis berlebihan yang akan keluar dalam bentuk melasma, ‘pap’ seketul besar kat pipi kita tu. That why orang putih pun cakap melasma ni nama lainnya adalah “The Mask Of Pregnancy” 

Ok, melasma ni jenis hyperpigmentation yang paling susah nak rawat & sangat-sangat lama untuk pudar. Base on scientific research, BELUM ADA lagi skincare formula yang boleh hilangkan masalah ini ye (kalau pudarkan tu possible). So kalau ada seller yang cakap product dia jual boleh hilangkan melasma  seminggu dua tu, you guys kena hati-hati sebab tu mungkin overclaim. Treatment untuk melasma ni lebih kepada hit & miss (ada jadi ada tak). Ada yang guna laser, ada yang pakai cream sapu & macam-macamlah.

Ada juga produk yang gunakan bahan-bahan terlarang seperti mercury & hydroquinone. Walaupun hydroquinone ni boleh digunakan dalam dose yang sikit dengan pengawasan doktor, tapi 2 bahan ni in general telah diharamkan oleh KKM sebab boleh nipiskan kulit & menyebabkan cancer. Lebih bahaya lagi untuk ibu yang mengandung sebab boleh menyebabkan kecacatan pada janin sebab dia boleh meresap ke salur darah.

BOLEH KE HYPERPIGMENTATION NI DIRAWAT?

Ok, sekarang kita dah tau tak semua pigmentation tu sama & kalau biar tanpa rawatan, dia boleh jadi makin teruk. Next question paling penting is, “Boleh ke kita rawat masalah ni?”

Jawapan mudahnya adalah ‘YES‘. TAPI!!!, apapun pilihannya, hakikat pahit yang perlu anda faham adalah pigmentation memang perlukan masa untuk pudar.

 

LASER TREATMENT:
If money is no object, boleh cuba rawatan laser seperti Pico pulse treatment. Laser ni akan pecahkan molekul tompok-tompok gelap tadi into small particle. Walaupun nampak macam kesannya cepat tapi sebernarnya patient msih perlukan 2-3 session untuk dapat kesan yang positif. Sela masa antara sesi mungkin sebulan-2 bulan. So total mungkin 1~3 bulan juga.

Ada juga kes lepas rawatan laser ni makin teruk sebab haba dari laser tadi tu boleh stimulatekan lagi production melanin kalau equipment setup tak berapa sesuai (hasil sangat bergantung kepada kepakaran & juga jenis mesin yang digunakan).

 

SKINCARE PRODUCT:
Persaingan untuk product skincare di pasaran sangatlah banyak sampai susah betul nak pastikan mana yang genuine, mana yang just nak buat untung , mana yang bahaya mana yang selamat. Masing-masing claim ‘berkesan’.

Tapi please hati-hati ye bila guna product yang claim boleh hilang jeragat dalam masa seminggu dua ni sebab mungkin guna bahan-bahan terlarang. Mungkin betul boleh hilang cepat especially yang guna hydroquinone ni, tapi kalau tau kesan jangka panjang, takde yang sanggup ambik risiko.

 

PEMAKANAN:
So far belum ada lagi scientifically proven produk yang jenis ‘makan’ ni berkesan untuk rawat hyperpigmentation. Ada juga jenis pil/ubat-ubatan yang ada glutathione, lycopene semua-semua tu yang diorang claim membantu ‘sikit’ hyperpigmentation ni (masih lagi dalam fasa kajian). Tapi untuk hilangkan jeragat ni, answer is NO!.

 

SUNBLOCK/SUNSCREEN
Ok, ni adalah step yang PALING WAJIB & TAK BOLEH miss kalau u’all ada masalah pigmentation. WAJIB PAKAI SUNSCREEN!!!.

Kenapa wajib? Sebab >90% masalah pigmentation ni datang dari sinaran UV matahari. Kalau u’all tak protect kulit dari UV ni, pakai la apa product skali pun, pegi laser treatment berapa kerap skali pun, masalah ni tak akan hilang & high chance it will getting worse.

So, WAJIB PAKAI SUNSCREEN!!!!!

CONCLUSION

Produk sunscreen pun ada macam-macam jenis dipasaran, so u’all kena betul-betul tahu sunscreen yang macamana patut guna. Tak semua sunscreen ni selamat & sesuai untuk semua kulit tau. 

Ingat, jangan just beli sebarang sunscreen tau. Kena consider 3 factor penting ni.
1) The right choice/type of sunscreen
2) The right dose/amount of sunscreen
3) Reapplication time yang betul

So, sunscreen yang macamna sesuai & the best for our skin protection? Baca tips “4 Ciri-Ciri Paling Penting Sunscreen Paling Selamat & Berkesan di SINI.

 

Leave a Reply

You cannot copy content of this page