Lebih dari 90% masalah pigmentasi & penuaan kulit dikaitkan dengan cahaya matahari. Jadi semestinya sunscreen adalah skincare yang terpenting & wajib ada untuk mereka yang pentingkan penjagaan kulit.
Ironinya, tak sampai 40% pun wanita yang mempunyai masalah kulit terutamanya pigmentasi (jeragat/melasma/etc) memakai sunscreen. Mungkin beranggapan sunscreen hanya untuk “perlindungan“, bukan merawat, jadi mereka lebih selesa mencari “penawar” masalah seperti serum, krim-krim sebagainya.
Tapi tahukah anda tanpa perlindungan kulit, masalah kulit akan terus berulang & mungkin bertambah teruk walau gunakan produk terbaik dunia sekali & rawatan berpuluh ribu sekali pun.
Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti #4 ciri-ciri yang wajb ada pada sunscreen untuk perlindungan maksimum yang PALING BERKESAN dan SELAMAT terutamanya untuk ibu-ibu mengandung & mereka yang berkulit sensitif.
1# : UV FILTER - CHEMICAL VS PHYSICAL (MINERAL)
Secara amnya, terdapat 2 category UV Filter untuk sunscreen iaitu – chemical UV filter & fizikal (mineral) UV filter.
Chemical Sunscreen
Mengandungi bahan kimia seperti oxybenzone, avobenzone & octinoxate merupakan sunscreen yang paling biasa kita temui di pasaran. Bahan-bahan kimia ini boleh meresap masuk kedalam kulit dan juga ke salur darah yang boleh membahayakan pengguna. Sesetengah chemical sunscreen dikategorikan sebagai carcinogenic & dilarang penjualannya dibeberapa negara Eropah.
Terdapat kajian[1] mengatakan yang chemical sunscreen boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, terutama apabila penggunaan bermula pada trimester pertama. Oleh itu, ia tidak digalakkan untuk wanita hamil dan sedang menyusukan bayi. Selain itu, chemical sunscreen juga dikenalpasti boleh menyebabkan masalah kerengsaan kulit jadi tidak sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Physical (Mineral) Sunscreen
Mengandungi bahan aktif seperti Zinc Oxide (ZnO) dan Titanium Dioxide (TiO2). Bahan ini tidak meresap masuk kedalam kulit. Apabila disapu, ia hanya membentuk lapisan perlindungan UV pada permukaan kulit yang terus bertindak memantulkan sinaran UV daripada menembusi kulit sebaik sahaja disapu.
Bahan-bahan UV filter ini selamat termasuk untuk wanita hamil, kanak-kanak & juga mereka yang memiliki kulit sensitif.
2# : BROAD SPECTRUM PROTECTION
Ketika kulit dibiarkan terdedah kepada cahaya matahari, ada 3 jenis gelombonag cahaya yang boleh membahayakan kulit: UVA, UVB & Blue Light. Hanya sunscreen broad spectrum SAHAJA yang mampu memberi perlindungan terhadap ketiga-tiganya. Broad Spectrum sunscreen biasanya dilabelkan dengan “SPF & PA++” pada bahagian kotak atau tiubnya. SPF untuk melindungi kulit daripada radiasi UVB, manakala PA++ pula untuk melindungi kulit daripada radiasi UVA & Blue Light.
Zinc Oxide (ZnO) dan Titanium Dioxide (TiO2) adalah antara bahan aktif yang paling berkesan untuk perlindungan daripada ketiga-tiga sinaran ini.
Blue Light :
Blue light (High Energy Visible Light – HEV) adalah cahaya gelombang terpanjang 380-500nm yang mampu menembusi kulit jauh lebih dalam berbanding UVA & UVB.
Jika terdedah terlalu lama, akan menyebabkan kerosakan secara tidak langsung pada kulit dengan membantu pembentukan radikal bebas dan oxidative activity.
Ia menyebabkan keradangan dan mempercepatkan tanda-tanda penuaan kulit pramatang, termasuk hiperpigmentasi, kedutan, hilang keanjalan atau kekeringan.
Matahari adalah sumber utama blue light, tapi juga boleh dihasilkan oleh alat elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan skrin digital lain.
Ultraviolet A (UVA) :
UVA salah 1 komponen cahaya matahari yang memiliki panjang 320-400nm, mampu menembusi kulit dengan lebih mendalam (ke dalam dermis, lapisan ke-2 kulit). UVA tidak boleh disekat oleh kaca, awan atau lapisan ozon. Jadi walaupun indoor (rumah atau dalam kereta), kulit masih lagi boleh terdedah kepada UVA.
Sinaran UVA adalah punca utama yang menyebabkan penuaan, kerosakan aktinik (kulit berkedut, berkulit, pelbagai pigmen), dan menyumbang kepada kanser kulit termasuk melanoma.
Ultraviolet B (UVB) :
UVB bergelombang pendek 290-320 nm, kebanyakannya diserap oleh lapisan ozon. Sinaran UVB boleh dihalang dengan kaca atau awan.
Sinaran UVB hanya menembusi epidermis (kulit luar) & menyebabkan menyebabkan kesan terbakar (sunburn) dan dianggap sebagai punca utama karsinoma sel basal dan skuamosa, dan merupakan faktor penting dalam melanoma.
3# : SUN PROTECTION FACTOR (SPF VALUE)
SPF bermaksud faktor perlindungan matahari, ukuran sejauh mana sunscreen melindungi daripada sinaran UVB. Kiraan SPF adalah berdasarkan tempoh masa yang diambil untuk kulit sunburn dirawat dengan sunscreen berbanding kulit tanpa sunscreen.
Ramai yang beranggapan bahawa lebih tinggi SPF, lebih berkesan sunscreen (contoh, SPF50 lebih bagus dari SPF30). Tetapi sebenarnya perbezaan antara SPF50 vs SPF30 hanya sekitar 1% sahaja.
Hakikatnya, semakin tinggi SPF, semakin banyak bahan kimia yang perlu digunakan (boleh merengsakan kulit & rasa pedih atau kering bila memakai). Semakin tinggi SPF, tekturnya akan lebih tebal & berminyak.
Kebanyakan pakar mengesyorkan sunscreen dengan SPF35 andalah yang terbaik untuk perlikndungan UVB dan lebih lembut terhadap kulit.
4# : ANTI-AGING FORMULA
Tak semua sunscreen mampu diformulasikan bersama-sama formula anti-aging. Lebih-lebih lagi sekiranya menggunakan bahan yang tinggi natural base. Ini kerana sifat bahan natural ini tempoh hayatnya pendek, jadi tak sesuai untuk dipasarkan di drug store atau super market kerana memerlukan shelf-life yang tinggi (3~4 tahun).
Antara contoh bahan natural yang sangat berkesan untuk merawat masalah kulit seperti pigmentation, jerawat & kesan penuaan adalah seperti Bee Venom & Asid Hyaluronic seperti yang terdapat pada Age Reverse ™ Sunscreen. Bahan-bahan ini sangat berkesan untuk menegangkan kulit & mengurangkan kedutan, memperbaiki tona & masalah pigmentasi pada kulit.
Age Reverse ™ Sunscreen digabungkan dengan anti-aging formula – BeuT-Complex™ yang diiktiraf antara formula skincare terbaik dunia untuk menghalang prosess penuaan. Jadi, ia bukan hanya melindungi kulit, tapi pada masa yang sama juga merawat & mencantikkan kulit hingga ke lapisan akar.
Digabungkan dengan emollients untuk memberi & mengekalkan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit supaya kekal sihat, cantik & berseri.
Kebanyakan sunscreen di pasaran tidak mengandungi bahan-bahan premium ini kerana ia merupakan ingredients yang mahal dan memerlukan shelf life (expiry date) yang pendek.
Jadi kebanyakan jenama-jenama terkenal & juga yang dijual di drug-store terpaksa menggunakan bahan preservative seperti “paraben” untuk memanjangkan shelf-life supaya boleh disimpan untuk tempoh yang lama.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, ciri-ciri sunscreen yang terbaik & selamat adalah:
- Menggunakan physical UV filter – Zinc Oxide (ZnO) dan Titanium Dioxide (TiO2).
- Perlindungan broad spectrum – SPF & PA++ untuk melindungi kulit daripada kerosakan oleh UVA, UVB & Blue Light.
- SPF35 untuk perlindungan menyeluruh & lebih lembut pada kulit terutamanya yang sensitif.
- Gunakan sunscreen yang diformulasikan dengan anti-aging seperti Age Reverse ™ Sunscreen kerana ia akan melindungi, merawat & juga mencantikkan kulit pada masa yang sama.
SUNSCREEN AGE-REVERSE - SUNSCREEN R&D OLEH UTM.
UTM telah berjaya menghasilkan sunscreen bertaraf dunia pada penghujung Dec 2021. Sunscreen ini adalah hasil kajian yang diketuai sediri oleh Prof Madya Dr Siti Hamidah bersama penyelidik-penyelidik & pakar biotechnology dari UTM.
Antara yang paling menarik tentang sunscreen ini adalah ia dilengkapi dengan technology anti-aging yang dikenali sebagai BeuT-Complex, iaitu teknologi skincare yang telah mendapat pengiktirafan sebagai antara formula skincare terbaik dunia dengan memenangi lebih 50 award termasuk dari convention teknologi paling berprestige di dunia seperti ICAN & MTE.
Sunscreen ini bukan sahaja mampu menghalang proses penuaan akibat terdedah kepada mahatari, tapi juga mampu merawat & memperbaiki kulit wajah terutamanya mereka yang menghadapai masalah pigmentation (jeragat, tompok hitam, melasma, etc)
Anda boleh dapatkan suncreen terbaru hasil dari R&D oleh UTM selama 11 tahun ini DISINI