MACAM MANA NAK PILIH FOUNDATION YANG BOLEH BUAT KULIT KITA NAMPAK FLAWLESS?

Hydroquinone adalah salah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam bahan kosmetik. Hydroquinone selalu dijumpai didalam pembersih wajah dan kulit. Ia juga merupakans satu kandungan yang sangat kerap di gunakan dalam produk pemutih kulit, pelembab, perapi rambut dan juga cat kuku.

Jika anda lihat gambar di atas, itu adalah gambar dari pengilang hydroquinone dari China. Begitu banyak produk ini di hantar ke seluruh dunia.

Hydroquinon begitu popular kerana ia berfungsi untuk membunuh “melanocytes” iaitu sejenis sel yang bertindak untuk mnghasilkan melanin. Melanin ini ialah mekanisme semulajadi manusia untuk melindungi kulit dari panahan UV matahari supaya dapat mengelakkan sel kanser dalam kulit dari membiak. Ketiadaan melanin akan menjadikan kulit  sentiasa cerah dan lebih putih dari sebelumnya.
.
Sebenarnya Hydroquinone adalah bahan yang sangat berbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, apabila digunakan pada kulit akan menyebabkan kulit semakin tipis da mengelupas.
.
Ketika menggunakan Hydroquinone kulit akan lebih sensitif dan tidak boleh terkena sinar matahari
.
Kebiasaannya pengguna yang menggunakan produk hydroquinon akan merasa sangat gembira kerana kesan jeragat dapat hilang dalam tempoh 4-7 hari sahaja.
.
Sebenarnya TIDAK ada sebarang bahan dalam dunia ini yang dapat menghilangkan jeragat dengan begitu cepat.. melainkan ia adalah bahan kimia berbahaya.
.

Efek cerah pada kulit yang menggunakan Hydroquinon hanya bertahan selama 4-6 bulan saja, sehingga diperlukan penggunaan secara terus menerus untuk mendapatkan kulit cerah lebih lama. Dan hal inilah yang sebaiknya dihindari karena pemakaian Hydroquinon dalam jangka lama dapat membahayakan bahkan bisa menyebabkan kanser kulit.

Penggunaan Hydroquinone dalam jumlah sedikit akan memberikan efek terbakar dan merah pada kulit yang dikenakan Hydroquinone. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap terlebih dahulu dan secara beransur akan berkurang dan lebih cerah. Sebenarnya Hydroquinone adalah hasil metabolite dari penguraian banzene, iaitu sejenis penyebab kanser. Efek samping hydroquinone Kulit kering, pecah2 , Kemerahan/seperti kulit terbakar, iritasi, Perubahan warna pada kulit , Gatal2, bengkak, Sakit kepala, Sukar bernafas, dll.
.
Bagi anda yang menginginkan kulit yang putih, bersih, dan bersinar sebaiknya jangan menggunakan produk yang mengandungi Hydroquinone. Dan sebaiknya menggunakan produk yang berasalkan alam semula jadi. Mengapa demikian, kerana produk yang diperbuat daripada alam semula jadi akan memberikan efek yang nyata bagi anda dan tidak menimbulkan efek samping apapun.
.
Masalah ini semakin hari semakin meruncing dan ia kelihatan seperti tiada lagi rasa kebertanggungjawaban dalam kalangan pengamal perubatan mahupun para peniaga.
.
Apa yang mereka mahukan ialah wang ringgit pengguna sahaja
.
Apabila anda ingin membeli mana-mana produk, lihatlah kepada labelnya dan carilah nama nama berikut, kerana nama berikut selalu digunakan untuk menyorokkan kandungan hydroquinone didalam produk.
.
Istilah berikut ialah istilah yang selalu digunakan  – hydroquinone , tocopheral acetate, tocopheral, tocopheral linoleate. Perhatikan kepada perkataan “TOCO” kerana inilah kata dasar yang selalu digunakan untuk menerangkan sebatian yang mengandungi hydroquinone.
.
Pendedahan kepada penggunaan hydroquinone yang berterusan akan menyebabkan anda terdedah kepada risiko kanser, toxic kepada system organ yang membawa kepada kegagalan organ, alahan yang teruk, dan juga immunotoxicity – iaitu keracunan kepada sistem pertahanan diri terhadap penyakit.
.
Di negara Malaysia, penggunaan hydroquinone adalah sangat meluas kerana terdapat banyak kilang-kilang yang mengeluarkan produk kecantikan kepada mana-mana individu yang ingin menjadi pemilik produk. Hanya fikirkan nama, upah designer untuk buat label dan kotak dan iklankan di facebook. Ia semudah itu.
.
Dinegara lain, ia sudahpun di haramkan. Kesatuan Eropah mengharamkan kegunaannya didalam pewarna rambut, Kanada hanya membenarkan peratusan yang amat kecil didalam produk. Amerika syarikat walaubagaimanapun, masih lagi belum mengharamkannya.
.
Anda boleh cantik tanpa perlu mengambil risiko
Sudah beribu wanita yang sebenarnya hilang nyawa kerana kegagalan organ dalam
Laporan kesihatan tidak akan menyebut keracunan hydroquinone kerana yang menyebabkan kematian ialah organ dalam yang gagal berfungsi.
.
Tinggallah anak, tinggallah keluarga.. semuanya kerana nak cantik.

MORE ARTICLE

Leave a Reply

You cannot copy content of this page