Hakikatnya, tak ada lagi produk skincare yang perfect & mampu selesaikan semua masalah. Begitu juga produk yg dihasilkan oleh Dr Siti ni. Tak kira la macamana canggih pun kajiannya, macamana banyak pun award2 yg pernah menang, masih banyak lg kekurangan produk ni.
Dalam post ni saya tolong list siap2 apa yang tak bagus tentang produk Dr Siti.
#1 TAK BOLEH HILANGKAN JERAGAT DALAM MASA 7 HARI.
Produk lain claim jeragat boleh HILANG DALAM 7 HARI. Tapi produk Dr Siti ni nak claim sebulan pun tak berani
Sebab Dr Siti tahu, jeragat adalah masalah kulit yang terbentuk dari lapisan paling bawah (Stratum Basale).
Jadi untuk merawat masalah ini, hanya 1 je cara iaitu kena tunggu proses kitaran penghasilan kulit berlaku lebih kurang 28hari minimum. Makin berusia makin lama kitaran kulit baru ni ambil masa. Hasil untuk setiap orang juga berbeza bergantung kepada usia, jenis hormon, tahap metabolisma badan, gaya hidup, & sebagainya.
Dr siti pun tak tau dari mana datangnya claim jeragat boleh hilang dalam masa 7 hari, sebab hasil dari research beliau selama berbelas tahun ni, belum pernah lagi beliau jumpa formula yang boleh pudarkan jeragat dalam masa 1minggu, apatah lagi untuk HILANG terus dalam 7 hari.
1 je possibility untuk hilang dalam 7hari, guna bahan kimia yang kuat/keras seperti Hydroquinone. Bahan ni memang boleh menghalang pigmentasi tapi bila dah lama pakai abis la kulit kena kikis dengan bahan kimia ni. KKM pun dah haramkan bahan ni dalam skincare.
#2 PRODUK DR SITI BUKAN 100% NATURAL & TAK TAHAN LAMA
Ye betul, memang produk Dr Siti ni tak 100% natural. Peratusan yang tertinggi mampu dicapai oleh Age-Reverse Cleanser hanya 99% & peratusan ini adalah antara yang tertinggi di dunia yang jarang mampu dicapai oleh mana-mana jenama. Disebabkan kandungan natural base ni sangat tinggi, jadi shelf-life cleanser ni hanya mampu bertahan lebih kurang setahun. (kena simpan dalam peti ais untuk tahan lama)
Faktanya, belum ada lagi formulasi di dunia ni yang mampu mencapai 100% natural. Sedangkan jenama terkemuka dunia pun tak berani claim & tak mampu untuk capai 100% natural.
Kebanyakan produk yang dijual di drug store perlukan tempoh hayat yang panjang untuk mengelakkanya rosak sementara tunggu ada pembeli. Jadi, mereka memang perlukan bahan synthetic seperti “Paraben” untuk panjangkan tempoh Shelf-Life. Jadi sebab tu TAK ADA produk yang jual di drugstore/hypermarket yang mampu capai >96% natural.
#3 PRODUK DR SITI TAK BEBAS BAHAN KIMIA
Ye tepat sekali. Semua ingredient dalam produk Dr Siti ni adalah terdiri drpd 100% bahan kimia. Dr Siti pun hairan kenapa banyak sungguh produk kat luar sana tu claim “BEBAS BAHAN KIMIA”
Lepas tu, siap claim lagi “Water Base”. Sedangkan air tu pun adalah dr unsur bahan kimia – gabungan Hydrogen & Oxygen (H2O).
Produk Dr Siti memang tak bebas bahan kimia, cuma BEBAS KIMIA BAHAYA. Sebab tu produk ni ada approve KKM, SIRIM & yang PERTAMA diiktiraf oleh “LabTested” dalam kategori skincare (pengiktirafan yg hanya diberikan kepada jenama yang berasaskan Teknologi Hijau)
#4 PRODUK DR SITI NI SEMUA MAHAL-MAHAL
Banyak je produk kat luar sana tu harga RM30, RM40. Kadang bayar RM100 dapat 3 barang lagi. Produk Dr Siti ni bayar RM119, baru dapat cleanser je???…
Agak-agak kos untuk setup R&D ni berapa ye? Kos equipment canggih-canggih tu, makmal yang macam-macam jenis audit & international standard kena follow, maintenance bahan-bahan kimia semua tu lagi, pastu nak bayar pulak gaji research team yang level-level PhD ni.
Formula pulak buat research sampai 10 tahun baru berjaya keluarkan 1 formula je. Dah la berjuta-juta pulak tu habis…
Orang lain, hari ni jadi founder bulan depan dah berbelas-belas produk keluar. Macam-macam brand plak tu. Senangkan buat produk? Beli je formula dari mana-mana kilang OEM, tak pun rebrand balik je produk yang ambil dari Thailand ke, Indon ke, tak payah abis juta-juta jadi pakar buat formula sendiri. Janji marketing kena gempak bagi orang percaya.
Pastu ade yg jual harga berkali ganda lagi mahal janji packaging cantik-cantik (Alhamdulillah ada yg betul-betul berkesan, tapi ramai juga yang jual semata-mata untuk dapat untung tanpa fikir risiko kpd pengguna).
Pelik… . Produk2 macam ni takde pula orang nak tau siapa & apa background founder dia. Betul ke bahan yang dia guna, mana datang formula produk dia, siape yang pernah iktiraf produk dia, award ape yang dia pernah menang….
#5 PRODUK DR SITI 1 JENIS JE, PRODUCT LAIN ADA 3~4 STEP…
Biasakan dengar “Skincare Routine”, “Skincare Regime”??? Entah sape la yang mula-mula cipta istilah & rutin-rutin complex sampai 3-4 step ni. Bila baca 2-3 product yang banyak-banyak step ni, macam sama je smua ingredientnya. Kenapa ye tak campo je semua tu jadikan 1 je?
Base on research Dr Siti berkesan ke tidak sesuatu produk tu, bukan bergantung pada banyak mana step, complex mana rutin skincare tersebut, tapi depend pada jenis & kualiti bahan aktif yang digunakan & sejauh mana bahan ni boleh penetrate masuk ke lapisan kulit. Maksudnya, tak semestinya kena pecah sampai ke 3~4 produk. Kalau kena formulanya, 1 produk je dah cukup untuk selesaikan majoriti masalah kulit.
Mungkin juga strategi brand-brand ni untuk buat untung lebih dengan create banyak-banyak variant kan? Hmm, entah lah.
Tapi sebab Dr Siti ni jenis simple, tak suka banyak-banyak step, & dia cuba nak kongsikan hasil kajian beliau ni dengan semua wanita di Malaysia jadi dia buat je 3 in 1 cleanser…
#6 PRODUK DR SITI NI PACKAGING TAK CANTIK
Hmmm… mungkin ada orang yang memang suka simpan kotak skincare buat koleksi banyak-banyak kat rumah dia tak? Sebab tak kan la dia guna kotak tu untuk rawat masalah kulit dia kan?
Dr Siti rasa yang selesaikan masalah kulit ni adalah isi dalam botol tu, bukan jenis botal & cantik ke tak kotaknya. Focus Dr Siti adalah untuk cipta formula yang paling berkesan untuk merawat kulit. Dr Siti pun bukan orang marketing, jadi dia belum betul-betul tekankan hal-hal luaran.
Tapi tak pe, nanti Dr Siti upgrade packaging cantik-cantik skit. Musim PKP ni susah sikit nak buat sebab kilang pun banyak tutup. Harap-harap packaging dah cantik nanti, harga tak jadi mahal 😅
KESIMPULAN
Ni gamba Dr Siti dengan anugerah yang pernah team beliau & UTM dapat hasil dr research berkenaan formula skincare beliau. Insyallah, saya harap penerangan ni mampu menghilangkan ragu-ragu untuk mencuba.
Kalau la produk R&D base yang hasil kajian berbelas tahun oleh seorang pakar berstatus Prof Madya & Timbalan Dekan UTM ni pun kita tak yakin, nak yakin dengan produk yang macamana lagi?
Cik puan boleh klik link di bawah untuk berkenalan dengan Age-Reverse Cleanser R&D by UTM ni:
MORE ARTICLE
Algae Technology Rosserie
Why Is Everyone Crazy About Algae’s Skincare for Flawless Skin?
The beauty community calls algae a cosmetic breakthrough and a must have for [...]
READ MOREUncategorized
Kenapa Kulit Pedih Selepas Pakai Sunscreen?
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec [...]
READ MOREUncategorized
Baru tau, rupanya JERAGAT ni banyak jenis & tak semuanya sama…
JERAGAT!!! JERAGAT!!!!Orang Melayu ni kan, asal ada tompok warna gelap je kita panggil [...]
READ MORESkincare Tips
4 CIRI-CIRI YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK MEMILIH SUNSCREEN YANG TERBAIK
Lebih dari 90% masalah pigmentasi & penuaan kulit dikaitkan dengan cahaya matahari. Jadi [...]
READ MORESkincare Tips
Pencuci Muka yang Berbuih Boleh Jadi Punca Kebanyakan Masalah Kulit Anda
Semua tahu, cuci muka adalah rutin terpenting untuk penjagaan wajah. Tapi, kalau tersalah [...]
READ MOREFAQ
FAQ : MENGAPA PERLU TUNGGU 3 MINIT SEBELUM BILAS AGE REVERSE CLEANSER?
Mungkin ini kali pertama pengguna skin care dinasihati agar menunggu beberapa minit sebelum [...]
READ MOREFAQ
FAQ : CARA GUNA CLEANSER AGE-REVERSE YANG BETUL
Mencuci muka adalah satu rutin wajib bagi setiap wanita terutamanya yang biasa mengenakan [...]
READ MORETestimony Story
“Tak Sangka Umur Dah 40an Tak Pakai Mekap Pun Nampak Macam Baru Graduate. Ini Rupanya Rahsia Pn Kimi..”
https://youtu.be/7TmNkowYch0 “Pn Kimi adalah seorg yang sangat skeptical dengan produk kosmetik sebab terlalu [...]
READ MORETestimony Story
Lepas hampir 24 tahun setia dengan jenama XXX, akhirnya tetap jatuh hati dengan produk NK dengan sekali guna
https://youtu.be/tWQhqpbYn3Y Prof Muhainiah seorang yang tak suka guna campur-campur produk & sebarangan, beliau [...]
READ MOREFAQ
Betul Ke Guna Cleanser Ni Je Boleh Rawat Masalah JERAGAT??? Macam Tak Logik Je
2017, Prof Madya Dr Siti Hamidah mencipta sejarah baru dalam dunia skincare apabila [...]
READ MOREFAQ
#6 Salah Faham Produk JERAGAT Hasil R&D Oleh Dr Siti & UTM Yang Anda Mungkin Tak Tahu
Hakikatnya, tak ada lagi produk skincare yang perfect & mampu selesaikan semua masalah. [...]
READ MOREFAQ
Hairan! Sejak usia meningkat, dah mula ada bintik-bintik jeragat. Dulu masa muda remaja tak ada pun!
Tengok wajah orang lain pun sama. Bila selisih dengan wanita berusia, pasti nampak [...]
READ MOREProduk Racun
BAHANA CREAM PEMUTIH, INGATKAN HEALING CRISIS, TAPI RUPANYA….
“KULITNYA MENGGELUPAS. NANAH KERING SEBESAR SYILING 50 SEN BERTOMPOK TOMPOK DI PIPINYA….MASIH ADA [...]
READ MORESkincare Tips
Bongkarkan Misteri Lambakan Produk Kosmetik di Malaysia, & Kenapa Penting Untuk Anda Tahu
Cuba anda listkan jenama-jenama kosmetik khusus untuk masalah kulit (jerawat, jeragat, blackhead etc) [...]
READ MORETestimony Story
Tertipu dengan iklan kosmetik, Cikgu Mira menderita breakout jerawat teruk
“Cikgu Mira pernah berasa buntu apabila wajah beliau rosak teruk setelah tersilap memakai [...]
READ MORETestimony Story
Jeragat kronik kesan pengunaan pelbagai jenama kosmetik
” Cikgu Laila pernah guna beberapa produk pelbagai jenama, sebelum beliau menghubungi saya [...]
READ MORETestimony Story
Ibu anak gadis ini hampir putus asa bila anaknya mengalami masalah jerawat kritical
“Apabila seorang ibu menghubungi agar saya bantu anak beliau yang menghadapi masalah jerawat [...]
READ MORETestimony Story
Hilang keyakinan diri apabila muka penuh jerawat, Dr Zilal kongsi pengalaman dengan NK
“Pada 6 bulan lepas, Dr Zilal agak tertekan dengan beberapa masalah kulit iaitu [...]
READ MORE